Saturday, July 28, 2012

Monolog hamba Ilahi..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

السلام عليكم




Di pagi yang hening ini, setelah bersahur, menunaikan solat fardhu subuh dan usai membaca al-Quran... tetiba terasa sayu je sekeping hati ini. Terkadang, daku sendiri tidak mengerti. Mengapa agaknya hati ini terasa gundah? Mungkinkah ia tidak senang? Tidak senang melihat tuannya tidak memenuhi ia dengan cinta kepada Tuhannya..Duhai hati, tahukah dikau aku sedang gigih ke arah itu. Ke arah menggapai cinta Sang Pencipta Cinta.


Benar, aku sendiri mengakui hakikat kelemahan cintaku terhadap Ilahi. Ya Allah, ampuni hambaMU ini. Kadar imanku sering terumbang-ambing, turun naik. Ya Rabb.. lemahnya hati ini. Lemahnya aku tanpa Tuhanku... Lemahnya aku tanpa cintaNYA... Duhai hati, tenanglah dikau kerana aku sedang berusaha sehabis daya memenuhi hatiku dengan cintaNYA. Tidak akan ada cinta yang teratas dan teragung dalam hatiku selain cinta kepadaNYA dan kekasihNYA, Rasulullah. Kemudian baru ku turutkan dengan mencintai ibu bapaku kerana DIA, mencintai saudara-saudaraku kerana DIA, mencintai sahabat-sahabatku kerana DIA, mencintai semua makhluk ciptaanNYA kerana DIA. Sesudah itu barulah kan ku cari cinta yang mencintai DIA untuk melengkapi imanku ini.

Aku kasihan terhadap diriku sendiri, kasihan kerana diri ini sering lalai dalam kesibukan dunia. Kadang tu sehingga mengabaikan DIA di dalam hatiku. Ya Allah, ampuni kelalaian dan kelemahan hambaMU ini. Tidak terlintas ingin menghampakan cintaMU, jujurku katakan, tidak sedikit pun aku ingin menjauhi mu, malah aku sering memohon dalam setiap doaku agar KAU kuatkan cintaku padaMU, cuma sebagai manusia yang punya banyak kelemahan, aku tidak berdaya menepis kelalain... kesibukan duniawi membuat aku leka seketika. Ampuni aku Ya Rabb....

Bila sendiri, berada di dalam rumahMU, aku menginsafi diri. Sedar dunia ini sementara, dunia hanya pesinggahan mengumpul bekal sebelum meneruskan perjalananku menuju destinasi sebenar iaitu akhirat ! Allah, jika nyawaku ditarik, cukupkah bekalan in untuk ku bawa tuju destinasi? mungkinkah bekalan tidak mampu bertahan walaupun perjalanan baru bermula? Ya Allah, sesungguhNYA aku begitu yakin kasihMU luas, kasih sayangMU terhadapa hambaMU itu tidak dapat dihitung ! terlalu banyak ! Begitu juga keampunanMU, KAU Maha Pengampun. Walau sebesar lautan pun dosa hambaMU, dengan setitis air mata taubat, KAU tidak akan menghampakan hambaMU. Ya Allah, besarnya rahmatMU. Terasa malu benar diri ini. Besar sungguh kasih sayangMU. Ya Allah, tiada lain yang ku harapkan selain redhaMU. Ya Allah, redhai aku, pandanglah aku dengan padangan rahmatMU.


''Ya Allah, bantulah aku memenuhi hati ini dengan cintaMU. Aku yakin kebahagian menantiku dengan kukuhnya cinta terhadapMU.''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...