Tuesday, July 24, 2012

Apa itu 'CINTA'

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

السلام عليكم



Manusia pasti ada cinta. Cinta melengkapkan hidup.

Semua orang mesti suka tajuk ni. 'CINTA' bila cakap pasal cinta, siapa yang tak suka. manusia itu sendiri Allah ciptakan dengan rasa cinta. Cinta adalah fitrah yang wujud dalam diri manusia. Secara tabii, cinta adalah keperluan hidup insan. Bahkan cinta itu suci dan dapat memberikan kebahagian.

Bercinta tidak menjadi kesalahan kerana cinta adalah anugerah Allah kepada hambaNYA. Cinta semestinya diletakkan di tempat yang sejajar dengan kehendak Tuhan. Asas utama yang kita perlu laksanakan adalah mendahulukan cinta kepada Pencipta cinta, Allah Azza Wajjala.

Tuhan tidak mahu cinta dibiarkan lepas bebas menuruti hawa nafsu. Tuhan menetapkan cinta melalui syariat islam supaya manusia berjaya mengurus perasaan cinta sesama makhluk dalam rangka mentaati Allah. Syariat islam menetapkan tiada cinta yang dapat mendahului dan mengatasi cinta kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sekiranya kita memahami hakikat ini, tidak timbul cinta terlarang yang tergamak membelakangi tuntutan agama.

"Cinta itu bagaikan pohon. Akarnya menghujam ke tanah, dan pucuknya banyak berbuah" - Ibnu Hasyim

Ini bermaksud islam mahukan setiap muslim hidup dalam cinta yang sempurna. Mencintai sesama muslim kerana Tuhannya. Perasaan orang yang dipenuhi cinta cenderung pada sikap memberi apa sahaja yang terbaik untuk sesama muslimnya.

"Seorang yang pengasih tidak hanya menyayangi dirinya sahaja, malahan dia juga menyayangi orang lain seperti dia menyayangi dirinya sendiri"

Secara umunya cinta menjelaskan perasaan sayang yang tersimpan dalam hati, rasa ingin dikongsi dan diluahkan kepada insan yang disukai. Cinta menerbitkan rasa ingin berkorban supaya insan yang dikasihi membalas kasih yang dicurahkan.

Perkataan cinta membawa erti al-mahabbah iaitu kasih sayang. Cinta wujud dalam hati insan, lalu menerbitkan rasa suka dan tertarik kepada sesiapa sahaja. Perasaan cinta yang terbit itu bersih, fitrah. Dr Abdullah Nasih Ulwan, pakar pendidikan islam mentafsirkan cinta sebagai perasaan yang menerbitkan perasaan supaya mencintai kekasih dengan lembut dan kasih sayang.

Imam Al Ghazali pula menyifatkan cinta sebagai unsur yang menyenangkan dan memberikan tarikan dalam hati manusia. Manakala Ibnu Qayyim menyebut, cinta itu adalah perasaan suci, tenang dan mengasyikkan, sekiranya manusia jatuh cinta, mereka memiliki rasa rindu dan sentiasa mengingati orang yang dicintai.

Allah memberikan cinta kepada manusia bagi memenuhi keperluan tabii manusia itu sendiri. Rasa cinta juga menjamin kesejahteraan seisi alam sekiranya diletakkan di tempat yang betul. Semua ini adalah bukti luasnya kurniaan Allah yang melimpahkan kasih sayangnya kepada manusia.

Kita sebagai hamba harus menyedari tujuan cinta dianugerahkan kepada kita, antaranya :
  • Menduga ketulusan dan kejujuran manusia dalam memperoleh apa yang di cintai oleh hatinya.
  • menjadi faktor memakmurkan alam.
  • Penyambung zuriat dan penerus hidup manusia.
  • Menjalin ikatan kukuh yang menyatupadukan umat.



"Perasaan cinta itu fitrah. Jangan rosakkan cinta dengan kemungkaran. Jangan biarkan cinta menjadi fitnah. Urus cinta mengikut syariat islam. Jadikan fitrah itu barakah"

2 comments:

  1. Alhamdulillah. :) semoga berjaya menggapai cinta yg beroleh keredhaan dan menjadi jambatan menuju Jannah-Nya. InsyaAllah syg :')

    ReplyDelete
  2. insyaAllah. semoga kita semua peroleh cintaNYA dan seterusnya peroleh cinta yang mencintaiNYA :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...