Tuesday, July 24, 2012

Bakal imam idamanku...



Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahagakan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya mendalami islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah.
Yang boleh diajak berbicara dan berbincang.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.
Matanya kepenatan kerana membaca.
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunya subuh penuh kesegaran, kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya dan dia ingin membawa saya bersama.

Saya yakin semua wanita mahukan lelaki seperti itu. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan lelaki soleh seperti itu, solehahkan diri kita dulu ye saudari-saudari sekalian. Mulalah dari saat ini supaya nanti kita layak untuk yang soleh. Layak menjadi ibu yang solehah buat anak si soleh.

Tak lupa juga untuk para lelaki. Lengkapkah diri kalian untuk peroleh yang solehah sebagai pendamping kalian? Mulakan juga dari saat ini. Berusaha lah menjadi yang soleh, yang punyai ciri lelaki idaman wanita solehah ini. Semoga berjaya peroleh yang solehah buat pendamping di dunia dan di syurga, insyaAllah.


''Jika saya ingin memilih suami, saya impikan suami yang takut kepada Allah. Suami yang gagah menahan marah. Suami yang kuat bermujahadah. Agar bisa bertemu dia lagi di jannah''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...