Saturday, November 3, 2012

Doa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم In the name of Allah,
 the Most Gracious and the Most Merciful.






Assalamualaikum everybody-who-read-my-blog :) long time no see hah *wink wink* 

*vvuuuuummmmmmm* bunyi vakum lalu membersihkan sawang dan habuk yang bersepah diblog daku ini. yelah dah hampir 2 bulan tak update blog. Kesibukan di akhir semester ditambah pula dengan final exam yang mengajak minda bersenam didarab dengan carry mark yang tidak berapa membahagiakan. fuuuuhhhh.... *satu nafas je aku taip semua ni* so sekarang dah cuti sem bolehlah aku menaip semula buat tatapan kalian.

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Entri kali ni berkenaan doa. Mintalah apa sahaja dari Allah nescaya Dia akan perkenankan. Sesungguhnya Allah menurut sangkaan hambanya :)

"Apabila hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat. AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU agar mereka memperoleh kebenaran" Surah al-baqarah ayat 186

Doa itu senjata orang mukmin dan tiang agama serta cahaya langit dan bumi. . Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak. Hendaklah kita berdoa dan yakin Allah akan memperkenankan doa kita. Allah memperkenankan doa dalam pelbagai cara. Allah lebih kenal kita, Dia yang cipta kita. Dia lebih tahu apa yang hambaNYA perlukan berbanding apa yang hambaNYA mahukan. Cuma kadangkala kita yang tidak sedar. Tetapi untuk Allah mengecewakan hambaNYA tidak sama sekali.

Antara sebab doa tidak dia sahut Allah SWT :


  • Kerana hati orang yang berdoa itu mati. Hati yang mati seumpama seorang yang mengakui tentang kewujudan Allah SWT tetapi mereka tidak pernah menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Allah SWT. Pabila hati seseorang itu mati maka getaran dan gelombangnya tidak pernah akan sampai kepada Allah.
  • Kamu membaca Al-Quran tetapi tidak pernah mengemalkannya.
  • Kamu mengaku kamu umat nabi Muhammad SAW tetapi kamu tidak pernah mengamalkan sunnahnya.
  • kamu makan dari nikmat yang Allah SWT berikan kepada kamu tetapi kamu tidak pernah bersyukur kepadaNYA.
  • Kamu mengatakan sesungguhnya mati itu dekat dan benar akan terjadi, tetapi kamu tidak pernah bersedia untuknya.
  • Kamu menganggap diri kamu akan terlepas dari seksa api neraka, tetapi sebaliknya kamu telah melontarkan diri kamu ke dalamnya yakni kamu masih bergelumang dengan perkara-perkara yang di larang Allah.
  • Kamu mengandaikan dirimu akan ke syurga tetapi kamu tidak pernah mengamalkan amalan yang boleh membawa kamu ke syurga.
  • Kamu mengapankan jenazah tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.


Oleh itu sahabat yang ku kasihi kerana Allah sekalian, sebagai pra syarat supaya doa diterima oleh Allah SWT hendaklah kita membersihkan siri dari unsur-unsur di atas dan memuji nama Allah dengan berzikir dan banyakkan beristighfar memohon keampunan daripada yang Maha Pengampun. Bertaubatlah. Taubat bererti kembali. Kembalilah kepada yang mencipta kita. sedarlah kalian bahawa dunia ini hamya sementara.

Seseorang yang melakukan maksiat, sesungguhnya dia telah memutuskan hubungan dengan Allah SWT. Bagaimana untuk kembali kepada Allah? bersihkan diri dengan memuji nama Allah SWT, cuci dosa-dosa kita dengan istighfar, dirikan solat, tinggalkan apa yang Allah larang, buat apa yang Allah suruh. Bersungguh-sungguhlah memohon keampunanNYA. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Allah berfirman dalam sebuah hadis qudsi :

" Barangsiapa berdo’a kepada-Ku di waktu dia senang maka Aku akan mengabulkan do’anya di waktu dia dalam kesulitan dan barangsiapa memohon maka Aku kabulkan dan barangsiapa rendah diri kepada-Ku maka aku angkat darjatnya dan barangsiapa mohon kepada-Ku dgn rendah diri maka Aku merahmatinya dan barangsiapa mohon pengampunanKu maka Aku ampuni dosa-dosanya."

Hidupkanlah kembali hatimu agar mudah menerima hidayah dari Allah. DAn janganlah kalian lupa untuk bersyukur. Bersyukur tu bukan sahaja dengan mengucapkan Alhamdulillah. Bersyukur beerti menggunakan apa yang Allah beri sebaik mungkin. Memanfaatkan setiap saat yang ada untuk mendekatkan diri kepada Allah.

"Maka ingatlah kepadaKU, aku pun akan ingat kepadaMU. Bersyukurlah kepadaKU dan janganlah kamu ingkar kepadaKU"  Surah al-baqarah ayat 152

Dan jangan kita lupa untuk bersabar. Bersabar dalam setiap ujian Allah. Allah uji kerana Dia kasihkan kita. bersabar dan yakinlah Allah akan memperkenankan doa kita. Allah sangat suka pada hambaNYA yang sabar.

"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat. sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"  Surah al-baqarah ayat 153


Dari Salman al-Farisi bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya Rabb-mu (Allah) Ta’ala adalah maha pemalu lagi maha mulia, Dia malu terhadap hamba-Nya (yang berdoa dengan) mengangkat kedua tangannya kepada-Nya kemudian Dia menolaknya dengan hampa"
HR Abu Dawud (no. 1488)

Ingatlah dan sedarlah kita punya Allah. Janganlah kita berputus asa di atas rahmat Allah. Jika merasakan hati tidak tenang, bukalah Al-quran, insyaAllah kalian akan terhibur mendengar bicara Allah :) semoga kita semua berada dalam kalangan hamba yang dirahmatiNYA. Tabarakallah.

Never underestimate the power of Doa....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...