Friday, July 27, 2012

Dosa...


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.




Assalamualaikum anak-anak. Apa khabar semua? fizikal sihat? iman sihat? Semoga kalian semua berada dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya :)
Di sini ada sedikit perkongsian untuk semua...

Imam al-Ghazali dalam kitab Minhaj al-‘Abidin mengatakan dosa terbahagi tiga.
1. Dosa dengan Allah iaitu meninggal perkara wajib.
2. Dosa dengan Allah iaitu melakukan perkara haram.
3. Dosa sesama manusia.

Apakah cukup dengan beristighfar sebagai tanda taubat? Kata imam al-Ghazali, “Dosa meninggalkan perkara wajib adalah menggantikan (qadha’). Umpamanya meninggalkan solat atau puasa.”

Manakala dosa melakukan perkara haram ialah menginsafi, meninggal dan menggantikan dengan yang baik. Sementara dosa yang berkait dengan manusia lain, hendaklah dimohon kemaafan atau dikembalikan hak manusia tersebut sebelum memohon keampunan Allah. 

Terdapat 7 jenis dosa-dosa besar :
  • Pada hati, yakni syirik, terus-terusan melakukan maksiat, rasa aman daripada seksaan Allah s.w.t, putus asa daripada rahmat Allah s.w.t
  • pada lidah , yakni , saksi palsu, menuduh orang lain berzina, sumpah palsu, sihir.
  • pada kemaluan homoseksual, zina.
  • pada tangan , membunuh, mencuri
  • pada kaki, lari dari medan perang
  • pada perut minum arak, makan harta anak yatim, makan harta riba
  • pada seluruh badan, derhaka kepada kedua ibu bapa


Maka, kita wajib SEGERA bertaubat kepada Allah s.w.t kerana dengan bertaubat, segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah. Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya kepada kita selaku hambaNya..
Kembali lah kepada Allah, bersegeralah bertaubat, jangan tangguh-tangguh lagi..kita tidak tahu bilakah datangnya ajal kita..entah esok, malam ini ataupun sekejap lagi..

taubat pada lisan adalah dengan berzikir kepada Allah ~ astaghfirullahal 'azim, zikir taubat, dan sebagainya..
ingatlah kepada Allah segera apabila kita telah melakukan sesuatu dosa
manakala taubat dengan perbuatan adalah dengan melakukan amal ibadaat, solat sunat taubat, melakukan kebajikan.

Ketika Jiwa merasa sesal dan kecewa, ketika hati meronta mengenang dosa, ketika harapan tiada lagi dirasakan....
''Katakanlah 'wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang'' - Az-Zumar : 53
''Ia bukan tentang dosa besar atau dosa kecil, ianya tentang dengan siapa kita melakukan dosa''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...