Wednesday, July 25, 2012

Kita Mampu Melawan Nafsu.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

السلام عليكم





Hawa nafsu dan syaitan- musuh dalaman yang menjajah diri umat islam sekian lama menyebabkan kendurnya semangat bermujahadah. Bila terkena sahaja godaan dan ransangan untuk melakukan kejahatan, kita mudah tewas. Padahal jika semangat bermujahadah terus dihidupkan, Allah telah berjanji untuk memberi pimpinanya.
Firman Allah : "Dan sesiapa yang benar-benar berjuang di jalan Kami. nescaya Kami akan memberi pimpinan. Allah sentiasa bersama orang yang melakukan kebaikan'' - Surah Al-Ankabut : 69
Begitu juga ketika mengahdapi nafsu lahiriahnya - Yahudi dan Nasrani, umat islam seolah-olah jeran untuk menentang mereka.Akibat penjajahan secara geografi, dalam bentuk pemikiran (Ghazwul Fikri), budaya dan cara hidup, ramai umat Islam semacam hilang keyakinan diri untuk bangkit kembali. Maka Berlakulah sikap kompromi dan toleransi yang tidak kena pada tempatnya.

Al-hasil, akibat hilang keyakinan diri, ramai umat islam lagha dan mengalah kepada musuh luaran dan dalamannya. Syaitan dan hawa nafsu terus memperkotak-katikan dari dalam. Manakala di luar diri, golongan Yahudi dan Nasrani beterusan menjajah pemikiran, cara hidup, ekonomi dan sistem hidup secara menyeluruh.

Untuk membangunkan semangat juang mestilah bermula dengan membangunkan sikap yakin diri. Dan keyakinan diri pada umat mesti dimulakan dengan menyalakan keyakinan diri dalam setiap peribadi muslim. Setiap umat islam mesti ingat bahawa  Allah telah mentakdirkan kita hidup. Bila kita terima sebagai kenyaatan, maka kita akan rasa layak untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Mengapa?

Mustahil Allah cipta kita untuk gagal - sebab DIA Maha Pemurah & Maha Penyayang. Tuhan mahu hambaNYA berjaya dan untuk itu kita telah diberikan NYA  segala kekuatan dan kelengkapa untuk berjaya. Tugas kita hanya mengenali dan menerokai kekuatan serta kelengkapan yang dimaksudkan. Manusia tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh Allah tanpa kelebihan masing-masing.

Kata bijak pandai ''Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza''  Dan ada diantara bijak pandai itu yang menegaskan bahawa setiap manusia mestilah yakin bahawa dunia tidak akan lengkap tanpa kehadirannya.

Setiap kita adalah khalifah (wakil) di muka bumi dan setiap khalifah mesti dibekalkan segala kelengkapan untuk menjalankan peranannya. Jika kita rasa lemah tidak berdaya.... itu bukan ertinya kita memang lemah dan tidak berdaya, tetapi cuma kita belum terokai dan kenali kekuatan diri kita yang sebenar. Atau kita telah menemuinya tetapi tidak menggunakannya secara maksimum. Justeru pakar psikologi mengingatkan, setiap manusia adalah lebih kuat daripada apa yang dia sendiri jangkakan terhadap dirinya.


Kita perlu menggunakan seluruh kelengkapan yang berupa nikmat, bakat, ilmu dan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita secara optimum. Kita mesti memperkembangkan kelengkapan itu sebaik-baiknya dan digunakan pula ke arah kebaikan. Inilah makna disebalik tempelakan Allah yang dibuat berkali-kali dalam surah al Rahman "Nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan?"

Dan kerana 'kekuatan' inilah kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Khadi Rabbul Jalil di Padang Mahsyar nanti. Kita akan berhadapan secara 'one by one' di hadapa Allah SWT nanti. Ketika itu kita tidak boleh menyalahkan orang lain. Kita tidak boleh meletakkan beban dosa di pundak orang lain. Setiap diri bertanggung jawab (maksudnya 'kena tanggung' dan 'kena jawab') terhadap segala kelengkapan yang telah diberikan kepadanya semasa hidup di dunia.

Apakah telah digunakan secara maksimum dan diarah kepada tempat yang betul? Ertinya, amanah (kekuatan)  yang telah diberikan itu akan dipersoalkan. Tergamakkah kita menyerahkan pada orang lain sedangkan kita nanti akan depersoalkan? Hidup kita umpama kenderaan yang kita sendirilah yang menjadi pemandunya. stereng kehidupan ini mesti kita yang memegangnya. Jangan serahkan pada orang lain.

Sebagai pemandu pada kehidupan kita sendiri, kita mesti jelas arah, tujuan dan destinasi hidup ini. Dan yang penting , kita mesti yakin diri semasa memandunya. Jangan teragak-agak, skejap belok ke kiri, skejap belok ke kanan dan sering berhenti kerana keliru dan lesu,,,,, akibatnya, pelanggaran boleh berlaku, sesat boleh terjadi. Dan kita tidak akan sampai ke detinasi yang dituju.

Keyakinan diri akan membina sikap proaktif, sikap yang mencipta peluang ! bukan menunggu peluang ! mencorak keadaan bukan dicorakkan, mengakui kelemahan diri dan memperbaikinya serta bukan menyalahkan orang lain. Inilah sifat mukmin sejati, MAMPU MELAWAN HAWA NAFSU !

Dipetik daripada buku penulis tersohor, Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya 'Di mana DIA dihatiku' , kita mampu melawan nafsu !


''Nafsu bukan untuk dihapus tapi untuk diurus. Didiklah nafsu agar bekerja untukmu dan bukan sebaliknya''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...