Monday, December 10, 2012

Didik anak..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
 In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.



Kita mulakan dengan sewat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang bernafas dimuka bumi ini. Dah lama tak update blog. Nak cakap takde idea, tak juga, banyak je draft entri yang taktahu bila masa nak post.. Mungkin sebab kekurang masa besama cik internet kot, atau mungkin juga cik malas-nak-update-blog menguasai diri.. Apa-apa pun, besar harapan saya semoga apa yang dikongsi dan dipaparkan di blog ini memberi manfaat buat semua yang sudi membaca :)

Kali ni nak share tentang cara Rasulullah mendidik anak. Iye aisyah tahu ramai yang baca blog aisyah ni tak kahwin lagi kan? apetah lagi nak ade anak. tapi tak salah kita siapkan diri kita dari awal tentang cara idola kita, Rasulullah didik anak-anak baginda. 

…mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang. Ramai yang tak tahu bahawa itu adalah satu ibadah dan kebaikan, iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak.

Baginda pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya bernama Abdullah. Dia memanggil,“Ya Abdullah! Datang ke sini, aku nak berikan kau sesuatu”. Apabila dia datang, baginda bertanya kepada si ibu, “Apa yang kau nak berikan kepadanya?”“Saya akan berikan dia buah kurma”. Nabi bersabda, “Sekiranya kau tak berikan apa-apa kepadanya, nescaya dituliskan untuk kau sebagai penipu di sisi Allah”. Nabi SAW mengajar kita tentang bercakap benar. Ramai antara kita menipu ketika bermain dengan anaknya, seperti dia memanggil anaknya kerana ingin memberinya sesuatu tetapi dia berbohong. Dia telah memanam sifat buruk dalam diri anaknya. Rasulullah SAW suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar.

Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu. Juga menengking dan memarahi budak disebabkan perkara yang remeh. Nabi SAW tak pernah memukul orang lain dan tak pernah menyakiti kanak-kanak. Nabi SAW meletakkan satu kaedah penting: perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun. Pukul di sini, bukanlah pukulan yang kuat. Tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak. Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran. Rasulullah sendiri tak pernah melakukannya. Tetapi baginda begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak. Jadilah guru ketika dia kecil, dan kawan apabila dia meningkat usia.

Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi anaknya dengan doa-doa. Rasulullah SAW melindungi Hasan dan Husin dengan satu doa penting. Selepas menyapu mereka berdua, baginda membaca, “Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan berbahaya dan daripada bahaya hasad”. Sesiapa yang membacanya, Ummu Sibyan takkan dapat memudaratkannya. Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.

Seperti yang disebut di dalam beberapa hadith bahawa Allah SWT menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak. Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak tetapi maksud kita di sini agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah SAW. Apabila saya mencium atau mendakap atau bermain dengan anak saya, saya rasakan ia salah satu daripada jenis ibadah atau mencontohi Nabi SAW, mendekat diri saya kepada Allah dan Rasulullah, meningkatkan lagi kecintaan saya kepada Allah dan mendapat kecintaan daripadaNya.

4 Tahap Rasulullah Mendidik anak :


PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali. semoga kita terpilih menjadi orang yang mengamalkan apa yang Rasulullah ajar sehingga akhir nafas kita.

MasyaAllah. I really hope I will be a good mother to my future kids.Its not easy to be a good parents. eventhough i'm not married yet, but still I have to admit that parenting is not easy, although children are a joy and a blessing, they can really test our patience sometimes. That is why we need to be ready, mentally and physically. But then again, children are part of a test from Allah and it is our duty to raise them well so that they grow up to be good Muslim, if we got the chance to get martried and have a kids, insyaAllah. Tabarakallah.


“Children are a trust from Allah, both a test and a joy. We will be judged according to our intentions and efforts as parents, and we pray that we may be able to make Allah Taala pleased with us and with them.”


1 comment:

  1. aisyah , mohon copy . :) semoga Allah merahmati aisyah . ameen . :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...